18 Januari 2014

Gurauan itu penting???



Gurauan itu penting???
           
Ketika senja mula melabuhkan tirai, Nabihah berlari anak untuk pulang ke rumah keluarganya selepas dia selesai berjogging dengan rakan-rakan sekelasnya. Nabihah sering beriadah bersama teman-teman seperjuangannya pada setiap hujung minggu dengan tujuan untuk melepaskan stress selepas menanggung keperitan dalam menuntut ilmu. Mereka juga sering mengadakan perjumpaan di rumah milik keluarga Nabihah selepas waktu persekolahan. Ketika itu, nabihah dan rrakan-rakan akan review kembali pembelajaran yang diajarkan oleh guru-guru mereka. Tujuan mereka mengadakan study group supaya mereka dapat mengingati kembali segala ilmu yang telah dicurahkan oleh guru-guru mereka. Menjelang bulan April yang akan datang maka genaplah tujuh belasan tahun umur Nabihah. Dan juga semakin dekatlah due date Nabihah dan rakan-rakannya untuk menghadapi peperiksaan yang paling penting dalam hidup setiap remaja Malaysia iaitu menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Bagi Nabihah, SPM umpama mimpi ngeri baginya dan sejujurnya dia masih belum bersedia untuk menghadapinya.
Semasa Nabihah ingin membuka pagar pintu rumahnya, sebiji botol kaca telah bergolek ke arahnya dari dalam kawasan rumahnya. Dengan perasaan hairan, Nabihah mengambil botol kaca tersebut. Nabihah meneliti botol kaca tersebut dan dia mendapati didalam botol tersebut terdapat segulung kertas yang tertera nama penuhnya “Untuk Siti Nabihah bt. Zainal”. Perasaan curiga dan hairan memuncak dalam hati Nabihah. Namun, laungan azan magrib telah menyedarkannya daripada lamunan tersebut. Jadi Nabihah bergegas masuk ke dalam rumah untuk membersihkan dirinya dan segera menunaikan solat magrib supaya pahala solatnya tidak berkurang akibat melengahkan waktu solat. Seusai menunaikan solat Magrib, Nabihah akan menunaikan solat Hajat dua rakaat untuk memohon keredaan dan pertolongan daripada Allah SWT dan Nabihah sentiasa membasahi bibirnya dengan berzikir sebelum dia turun untuk menikmati makan malamnya. Baginya, perintah Allah SWT harus didahulukan daripada perkara lain.
Setelah Nabihah selesai menikmati makan malamnya, dia akan membantu ibunya untuk mengemaskan meja makan dan membasuh pinggan mangkuk dan kemudiannya dia akan meluangkan sedikit masa bersama keluarganya dengan menonton televisyen sebelum Nabihah kembali semula ke biliknya untuk mengulangkaji pelajarannya. Di rumah, Nabihah dikenali sebagai ‘Kak Ngah’ kerana dia merupakan anak kedua daripada empat adik-beradik. Kak Longnya, Siti Nusrina sedang melanjutkan pelajaran di Mesir dalam bidang perubatan. Manakala adik-adik Nabihah, masing-masing masih menuntut di sekolah rendah. Adik ketiganya bernama Ahmad Hussin dan adik bongsunya bernama Ahmad Habibullah. Kini Hussin berusia 11 tahun dan Habibullah berumur 10 tahun. Mereka berdua sangat rapat dengan Nabihah kerana Nabihah sering mengajar mereka dalam pelajaran ketika kakak sulung mereka tiada disisi. Nabihah juga selalu dibuli oleh adik-adiknya jika mereka ternampak kak ngah mereka sedang tidur. Ada sahaja pelan yang mereka rancangkan untuk mengejutkan kak ngah mereka. Seperti tempoh hari, Hussin dan Habibullah mengejutkan kak ngah mereka dengan meletakkan jam loceng di telinga kakak mereka. apa lagi, terperanjat besarlah Nabihah semasa jam loceng itu memekik satu rumah. Nasib baiklah Allah mengurniakan kesihatan yang baik kepada Nabihah. Kalau tak, dah lama Nabihah dah masuk batu dua agaknya. Tetapi apa yang disenangi adik-adik dan rakan-rakan Nabihah adalah sikap Nabihah yang sporting itu. Nabihah tidak mudah melenting dengan sikap adik-adik dan rakan-rakannya yang suka mengusiknya. Kadang kala dia sendiri yang akan gelak sampai tak ingat dunia kerana dia pelik macam manalah dia boleh selalu terkena dengan mereka. Tapi apa yang penting, dia tidak akan simpan sebarang dendam kepada mereka. Padanya, jika tiada gurauan atau perkara-perkara yang mencuit hatinya, maka hatinya berasa tidak lengakap. Bak kata pepatah yang diciptanya sendiri, “Jika kita hidup tetapi kita tidak pandai bergurau atau menceriakan orang lain baik kita terperuk saja dalam rumah” sebab gurauan yang tidak melampau itu umpama penyeri dalam hidup kita. Jika kita pandai bergurau tetapi apabila orang bergurau dengan kita, kita pula yang melenting. Maksudnya, diri kita ada masalah psikologi kerana minda kita tersalah set saraf-saraf dalam otak kita. Namun, Nabihah paling bengang bila ada hamba Allah ini yang sangat ego, bila bergurau tu berlebihan sangat. Yalah, bergurau sampai nak marah-marah, muka bengis macam harimau tapi dalam hati itu niat dia nak bergurau senda. Bagi Nabihah jika dia bertembung dengan manusia seperti itu, dia akan labelkan manusia itu sebagai egois atau hipokrit.
Sambung…

Insya Allah, straight 9A dlm SPM2013

Assalamualaikum w.b.t

Di sini saya lampirkan sekeping gambar untuk menguatkan semangat saya dan rakan-rakan saya yang telah berdebar-debar menunggu keputusan SPM yang bakal terbongkar tak lama lagi... Ya Allah, betapa  seramnya nak tunggu keputusan ini keluar. Harap2 Allah permudahkan lah jiwa kami untuk menerima apa jua rezeki yang kami perolehi nanti kerana saya tahu Allah swt pasti telah merancang sesuatu yang lebih baik untuk kami semua. namun, kami juga memohon supaya Allah swt memperkenan doa2 kami supaya kami mendapat result yang cemerlang agar saya beserta sahabat2 dapat mengorak langkah ke menara gading dan menggapai cita2 kami. Ya Allah, engkau makbulkan doa kami ya Allah.. Kami memohon kepada mu supaya engkau perkenankan doa kami semua ,, Apa pun, saya harap rakan2 saya berada dalam keadaan sihat dan ingat hargai masa cuti anda dengan aktiviti yang berfaedah. insya Allah, anda akan memperolehi sesuatu yang anda sendiri juga tak akan jangka.. Semua yang baik daripada Allah swt dan segala yang lemah dari diri saya sendiri..

cheq kenaikan diri..

Assalamualaikum w.b.t,

Salam perkenalan kepada semua blogger di luar sana. Saya Aini Farhana bukan nama sebenar, ingin berkongsi informasi dan maklumat terkini tentang aspek2 terpenting dalam diri kita. Namun , tujuan saya bukan untuk bermegah2 mengenai pengetahuan yang saya miliki hanya untuk perkongsian bersama. Harapan saya, saya dapat menerbitkan informasi untuk semua lapisan masyarakat.

Salam Sayang, Aini Farhana.. ~_^